Ya Rasulullah, sungguh mulia engkau.
Kemuliaanmu Allah dan malaikat menselawatkanmu. Wahai orang mukmin
selawatkanlah ke atasnya. Engkau akan mendapat syafaat di Akhirat nanti. Wahai
Nabi engkau adalah cahaya daripada segala cahaya. Engkau adalah rahsia daripada
segala rahsia. Engkau adalah penawar segala penyakit lahir dan batin. Engkau
juga anak kunci segala kemudahan. Engkau adalah Rasul pilihan. Pilihan Rasul
yang awal dan akhir. Engkau adalah penyelamat umat. Engkau membawa rahmat dan
berkat. Ibadahmu membayangkan kehambaanmu. Akhlakmu membayangkan kebersihan
hatimu. Pemurahmu membayangkan dunia tidak ada di dalam hatimu. Sabarmu
membayangkan ketahanan jiwamu. Keberanianmu membayangkan tawakalmu dengan
Allah. Orang yang menentangmu engkau doakan hidayah. Engkau adalah manusia luar
biasa ikutan semua. Pemimpin yang dikehendaki adalah bayangan peribadimu.
Pancaran
nur kenabian baginda Rasulullah SAW terang nyata selama 300 tahun iaitu
tiga kurun. Hal ini tidak berlaku kepada rasul-rasul lain, dan sesuai dengan
maksud zahir hadis yang menyebutkan sebaik-baik kurun itu adalah kurun Nabi
SAW, kurun berikutnya dan seterusnya.
Selain itu, generasi umat pilihan yang
menerima didikan terus daripada Nabi SAW, yang disebut sebagai para sahabat RA,
adalah contoh kejayaan baginda SAW mendidik mereka dalam masa yang amat
singkat, menjadi orang-orang yang sangat bertakwa, sama fikirannya, sama
amalannya, sama hatinya, sama kaya jiwa mereka, sama perjuangan mereka, sama
usaha dan niat mereka dan sama pula matlamat yang ingin mereka capai.
Ingatlah bahawa mereka sebelum itu hidup dalam persengketaan, permusuhan,
pecah-belah, nafsi-nafsi, suka membunuh, tidak kenal erti kemajuan, tidak kenal
erti halal dan haram, tidak tahu apa itu hidayah, yang kayanya kaya sangat,
yang miskinnya miskin sangat, tindas-menindas dan tidak ada tujuan hidup.
Tiba-tiba
setelah mendapat hidayah Allah melalui
rasul-Nya SAW, mereka terus berputar seratus peratus menjadi sebaliknya. Tidakkah
itu semua menunjukkan betapa hebatnya keperibadian baginda SAW kepada seluruh
umat manusia?
Antara
mukjizat yang pernah berlaku kepada baginda SAW ialah al-Quran, dan itulah yang
terbesar. Terjadi dua kali dadanya dibedah, sekali semasa kecil dan sekali
semasa sudah menjadi rasul. Dapat memberitahukan keadaan Baitulmaqdis sedangkan
Baitulmaqdis itu dikecilkan di hadapan baginda SAW.
Kemudian
bulan terbelah dua dan turun ke Makkah, kemudian naik semula ke tempat asalnya.
Pernah sekelompok pemuda Quraisy berkomplot membunuhnya kemudian tertidur
semasa Nabi SAW keluar. Nabi SAW menghampiri mereka, mengambil segenggam tanah
lalu ditaburkan di atas kepala mereka sambil bersabda, “Semoga wajah-wajah
mereka menjadi buruk.” Setiap pemuda yang terkena tanah itu terbunuh di medan
Badar. Dalam perang Hunain, kaum Quraisy dilempari segenggam pasir oleh baginda
SAW, menjadikan penglihatan mereka gelap dan mereka pun dikalahkan oleh Allah.
Begitu
pula peristiwa yang menimpa Suraqah bin Malik ketika mengejar Nabi SAW yang
sedang hijrah, kaki kudanya terbenam tiga kali dalam tanah yang keras.
Rasulullah SAW pernah mengusap belakang unta betina yang belum digauli oleh
unta jantan, lalu susunya menjadi penuh dan keluar dengan banyak. Juga kisah
kambing Ummu Maabad yang mengeluarkan susu semula setelah kering beberapa lama.
Juga doa Nabi SAW untuk Umar al-Khattab agar Allah memenangkan Islam dengannya.
Juga
doa Nabi SAW supaya Allah menghilangkan panas dan dingin dari badan Sayidina Ali RA,
selain pernah meludahi kedua-dua mata Sayidina Ali RA yang sedang sakit
sehingga sembuh pada ketika itu juga dan tidak pernah sakit mata lagi selepas
itu.Nabi SAW juga pernah memasukkan semula biji mata Qatadah bin Nukman yang
telah terkeluar dan tergantung di pipinya sehingga pulih ketika itu juga, malah
lebih cerah lagi penglihatannya daripada sebelumnya.
Nabi
juga pernah mendoakan Abdullah bin Abbas RA yang baru lahir agar menjadi
seorang yang amat faham dalam ilmu tafsir. Nabi SAW juga mendapat Israk dan
Mikraj, suatu mukjizat yang paling agung pernah diterima oleh mana-mana nabi
dan rasul, menghadap terus kepada Tuhannya untuk menerima perintah menunaikan
sembahyang.
Dalam
peristiwa Israk dan Mikraj ini juga, baginda SAW menjadi imam bagi sekalian
rasul dan malaikat, berjumpa dengan roh-roh para rasul AS, melepasi had yang
tidak dapat dilepasi oleh mana- mana malaikat pun, dan dapat berbicara dengan
Tuhan secara langsung tanpa sebarang perantara, di tempat yang suci dan dalam
keadaan suci.
Nabi
SAW juga pernah mendoakan unta Jabir RA yang selalu kalah dalam perlumbaan,
sehingga dapat mengalahkan unta-unta yang lain. Begitu juga doa Nabi SAW untuk
Anas bin Malik RA agar panjang umur, mempunyai banyak harta dan banyak anak.
Nabi SAW juga pernah mendoakan kurma Jabir RA sehingga dia mampu
melangsaikan seluruh hutangnya, sedangkan kurmanya itu masih bersisa 13
Wasaq lagi. Nabi SAW juga pernah mendoakan kebinasaan bagi Utaibah bin Abi
Lahab, sehingga dia mati dimakan singa di Az-Zarqak, dekat Syam.
Rasulullah
SAW juga pernah memohon diturunkan hujan sehingga turun hujan selama seminggu,
kemudian memohon agar hujan berhenti dan berhentilah hujan itu. Batu dan
pepohon memberi salam kepada baginda SAW pada malam-malam menjelang
turunnya wahyu pertama dengan lafaz yang terang,
“Assalamu
alaika ya Rasulullah.”
Baginda
bersabda, “Sesungguhnya aku mengetahui batu-batu di Makkah yang memberi salam
kepadaku sebelum aku diangkat menjadi nabi.”
Baginda
SAW juga mampu atau dapat mengalahkan tokoh penggusti yang hebat, semasa
sebelum Hijrah, dalam usaha dakwahnya. Pernah ada pohon kurma yang menyatakan
kerinduannya kepada Nabi SAW, dan batu yang bertasbih di atas tapak tangan
baginda SAW, begitu juga makanan.
Daging
kambing yang telah dimasak pernah bercakap memberitahu Nabi SAW bahawa padanya
ada racun, dan unta tua yang mengeluh di hadapan Nabi SAW bahawa dirinya banyak
kerja-kerja berat yang dibebankan sedangkan rumput yang diberikan kepadanya
tidak mencukupi. Nabi SAW pernah memberitahu tentang tempat-tempat matinya kaum
Musyrikin pada Perang Badar, padahal perang belum lagi berlaku, dan nyata
selepas itu bahawa semuanya benar dan tepat.
Nabi
SAW juga pernah memberitahu bahawa ada sekumpulan umatnya akan berperang
menyeberangi laut dan Ummi Haram binti Milhan termasuk salah seorang daripada
mereka. Nabi SAW pernah menyatakan kepada Sayidina Usman RA bahawa dia akan
ditimpa bencana besar, dan terjadilah bencana itu sehingga menewaskannya.
Nabi
SAW pernah bersabda, “Sesungguhnya cucuku ini (Sayidina Hasan bin Ali RA)
adalah pemimpin dan Allah akan mendamaikan dengannya dua golongan yang besar
dari kaum Muslimin.”
Nabi
SAW juga pernah memberitahu tentang tewasnya Al-Ansi si pendusta yang berada di
San’a pada malam dia dibunuh dan disebutkan siapa pembunuhnya.
Nabi
SAW pernah bersabda kepada Sabit bin Qais RA,” Engkau hidup terpuji dan
mati sebagai syahid.” Maka dia terbunuh sebagai syuhadak dalam Perang Yamamah.
Seorang
lelaki yang murtad mengikuti kaum musyrikin berperang. Apabila Nabi SAW
mendengar berita bahawa orang itu mati, Nabi SAW pun bersabda,” Bumi tidak
menerimanya.”
Benar
apa yang disabdakan oleh baginda itu, seperti yang disaksikan oleh orang ramai.
Nabi SAW pernah menegur seorang lelaki yang makan dengan tangan
kirinya,”Makanlah dengan tangan kananmu.” Orang itu menjawab,”Aku tidak mampu.”
Maka Nabi SAW pun bersabda, “Engkau tidak akan mampu.” Sesudah itu, orang itu
tidak mampu lagi mengangkat tangan kanan ke mulutnya.
Rasulullah
SAW memasuki Kota Makkah pada Futuh Makkiah, berhala-berhala 360 buah berkeliling
di Kaabah. Nabi SAW menunjuk ke arah
berhala-berhala itu dengan tongkatnya dan bersabda, “Telah datang kebenaran,
kebatilan pasti lenyap!”
Pada
ketika itu juga berhala-berhala itu jatuh berguguran dan hancur.
Dalam
Perang Khandaq, baginda SAW memberi tenteranya makan dari satu sya’ (kira-kira
secupak) gandum dan mengenyangkan mereka semuanya. Nabi SAW juga memberi makan
kaum muslimin dari lebihan kurma mereka yang dikumpulkan di atas tikar, lalu
didoakan agar berkat oleh Allah, kemudian dibahagi-bahagikan kepada semua
anggota pasukan, dan itu mampu mencukupkan untuk mereka semua.
Abu Hurairah RA datang kepada Nabi SAW membawa
beberapa biji kurma dan berkata,”Doakan ini agar diberi berkat.”
Sesudah
didoakan oleh Nabi SAW, Abu Hurairah RA menyedekahkan sebahagian kurma itu pada
jalan Allah dan selebihnya dimakannya. Kurma itu dimakannya setiap hari dan
baru habis semua sekali setelah meninggalnya Khalifah Ketiga, Sayidina Usman
RA.
Nabi
SAW semua penghuni Suffah untuk diberi makan, kemudian Abu Hurairah
berkata,”Aku amat berharap sebagai orang yang akan dipanggil dahulu, kerana
makanan pada piring itu hanya sedikit sedangkan penghuni Suffah cukup banyak.
Maka Rasulullah SAW mengumpulkan makanan itu sehingga menjadi sesuap lalu
ditekupnya dengan tangannya, sambil bersabda,”Makanlah, dengan nama Allah. ”
Demi Tuhan yang jiwaku yang berada di Tangan-Nya, aku terus makan di situ
sehingga aku merasa kenyang.”
Sumber:http://www.kisahteladan.info/rasulullah/benarnya-sabda.html
Sumber:http://www.kisahteladan.info/rasulullah/benarnya-sabda.html

No comments:
Post a Comment