.

My Dad

Dilahir di Kluang, Johor. Membesar dengan berbekal satu azam…..menjadi manusia yang bersyukur kepada illahi.

Sepanjang perjalanannya telah menempoh pengalaman berpindah randah, bertukar tempat sekolah, bekerja pelbagai tempat untuk mencari wang saku bagi menampong perbelanjaan.

Kini bekerja diagensi kerajaan tetapi masih mencari identiti diri dan asal orangtuanya. Semasa belajar di Universiti tempatan, beliau sempat dimaklumkan oleh bekas penyelia asrama Universiti yang ada pertalian persaudaraan menyatakan maklumat penting menyatakan berasal dari suku Negeri Sembilan (suku Batu Hampar, kampong pelangai, Kuala Pilah) dan ada juga maklumat mengatakannya dari keturunan Raja Belarus.



Masa ayah masih kecil, beliau pernah belajar di beberapa buah sekolah diantaranya Sek.Keb. Kluang (Johor,1967-1968), Sek.Keb. Batu Gajah, Ipoh (Perak 1968-1969), Sek.Keb. Lunas, Kulim (Kedah,1969-1970), Sek.Keb Ayer Itam, Ayer Itam (Penang 1970-1971), Sek Abdullah Munshi, Georgetown (Penang,1972-1975) Sek. Sultan Abdul Jalil, Kluang (Johor,1976), Sek. Dato Bentara Luar,Batu Pahat (Johor,1977-1978), Universiti Kebangsaan Malaysia ,Bangi (Selangor,1980-1984), INTAN Bukit Kiara, Kuala Lumpur (Wilayah Persekutuan,2002-2003).

No comments:

Post a Comment